July 26, 2017

#1

          ''Kau gay ke!?''  Teriakan itu membuatkan kunyahan aku terhenti. Nasib baik biji buah cempedak sudah selamat aku buang di tempat yang sepatutnya. Kalau mamat di hadapan mata ni berteriak sewaktu biji berada di dalam mulut, tak ke naya tu?

Itu satu. Nasib baik juga waktu dia menjerit bagai orang gila ni, ibu sedang bersembang dengan makngah melalui telefon. Kakngah a.k.a isteri abang Qalif sedang menyahut panggilan alam.

Aku tenung abang Qalif a.k.a abang ipar kedua aku ni dalam dalam. Dia ni biar betul? Takkan dia percaya jawapan tak semenggah aku tadi kot? Sah! Memang sah dia ni percaya. Renungan mata dia menunjukkan dia 100%  percaya dengan kata kata aku tadi. Aku tahan gelak. Sumpah lawak abang Qalif ni. Harap aje kerja bagus bagus tapi otak bendul dia masih di tahap kronik lagi.

Tapi tidak pula aku mahu membetulkan anggapan abang Qalif sebaliknya aku hanya mengangkat bahu dan mencapai cempedak goreng yang masih mengeluarkan asap nipis. Kami berdua berada di halaman rumah, sedang menikmati minum petang yang disediakan ibu. Selalunya beginilah aktiviti keluarga kami. Ada saja masa lapang waktu petang, pasti ibu menyediakan juadah untuk kami.

Cempedak goreng satu aku capai. Makan.

Cempedak goreng dua aku capai. Makan.

Sedang aku mengunyah cempedak tiga sambil mata melilau melihat panaroma di halaman rumah, kunyahan aku terhenti lagi. Kaku. Mata aku bagai sedang ditongkat lidi menghalang aku daripada berkelip.

Abang Qalif sedang menangis! Aku nampak mata dia tatap aku dalam dalam bagai sedang mencari satu kebenaran. Mungkin kebenaran di sebalik kata kata mengarut aku tadi.

''Erk....'' Aku bagai hilang kata. Bersalah. Ye aku sangat rasa bersalah waktu ini!

''Kakngah dah datang... abang Qay please do not tell anyone. Please. Not even a soul'' Aku berkata seolah-olah sedang merayu. Aku rasa bodoh sekarang ni. Kenapa aku tak cakap aje perkara yang sebenar? Tak pasal pasal confirm abang Qay ingat hormon aku ni tak normal.

''Ayang ni kenapa?'' Kakngah bertanya sambil sedang melabuhkan punggung di atas kerusi besi putih di sebelah aku.

Abang Qalif cepat-cepat mengesat air mata yang hampir terkeluar dari tubir mata dengan hujung lengan bajunya. Nasib baik tak terkeluar lagi air mata dia. Kalau tidak pasti naya.

''Tak ada apa. Abang rasa pedas pulak cempedak ni''

Hampir tersedak aku mendengar jawapan paling tak boleh blah keluar dari mulut abang Qalif.

''Ana masuk dulu la. Panas pulak kat luar ni'' Cepat cepat aku turun dari kerusi dan berlari anak masuk ke rumah. Phew.